Wednesday 16 December 2015

8 Tips Untuk Usahawan Internet

” Dalam bisnes internet ni kita akan jumpa macam-macam halangan. Kaedah pemasaran yang berjaya digunakan sebelum ini tak semestinya berguna pada masa akan datang. Persaingan pula muncul seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Kos pemasaran juga semakin meningkat. Orang dengki ? Ada juga di dalam dunia online ini. Belum kira ‘parasit’, hijack, dan macam-macam lagi lah.
Tapi takkan kita nak MENGALAH ?
Perkara normal dalam dunia bisnes ini, akan ada cabaran-cabaran menanti! Jika tiada cabaran, bagaimana kita nak jadi maju dan berdaya saing. Dengan ada cabaran-cabaran ini, barulah kita akan menjadi lebih kuat dan lebih bersedia!
Oleh itu, kita sebagai usahawan internet perlu;
1) Sentiasa peka dengan perkembangan teknologi semasa. Orang guna fb ads, kita kena guna! Orang guna google adwords, kita pun kena guna! Whatssapp, kita pun kena ada.
2) Tidak terlalu bergantung dengan satu-satu medium pemasaran internet. Gunakan apa saja yang boleh bantu bisnes anda. Gunakan FB, gunakan google, gunakan emel, forum, web/blog, instagram dan lain-lain.
3) Kumpul database! Ya, dapatkan database pelanggan secara sah. Anda boleh kumpul dengan Emel, No telefon daripada fans yang sedia ada. Kena cepat bertindak!
4) Tingkatkan awareness terhadap branding (jenama)! Bila orang kenal brand kita ni, lagi senang kito nak berniaga. Tak perlu cari orang, orang akan cari kita!
5) Kreatif! Ya, kena sentiasa berseni dan kreatif dalam dunia bisnes ni! Takkan kita nak buat sama macam orang lain buat! Persaingan sengit, so kita kena jadi lebih kreatif. Kena lain dari yang lain. Bagaimana nak tonjolkan bisnes kita berbanding pesaing-pesaing kita ? Kaji pesaing anda dan buat lebih dari pesaing anda!
6) Bertindak pantas ketika peluang muncul! Ini antara rahsia jutawan-jutawan di internet! Contohnya, apabila ada produk hot yang memiliki permintaan tinggi di pasaran, kita cepat-cepat lancarkannya besar-besaran. PULUN HABIS-HABISAN SEBELUM PESAING-PESAING MASUK LINE!
7) Kos pengiklanan! Ya jangan terlalu kedekut untuk melaburkan wang pada bisnes anda. Tidak kira apa jua jenis pengiklanan pun – FB Ads ke, Google Ads ke , yang penting anda mesti berani melabur! Tiada kos pengiklanan tiada sales, ingat tu!
8) Rangka timeline bisnes anda untuk tempoh 2tahu, 5 tahum, 10 tahun atau 20 tahun. Sediakan ‘backup plan’ jika bisnes anda hampir gagal dan sediakan plan seterusnya jika anda dah berjaya capai satu tahap yang baru.

Sekian saja tips biasa-biasa dari saya untuk mereka yang berbisnes internet, semoga artikel ini dapat berikan manfaat pada anda semua.

Wednesday 9 December 2015

5 Sikap Yang Anda Perlu Ada Untuk Berjaya Dalam Bisnes

5 Sikap Yang Anda Perlu Ada Untuk Berjaya Dalam Bisnes
=======================================================
Assalamualaikum, dan selamat malam semua.
saya yakin ramai antara kita yang penat atau baru sampai ke rumah masing-masing betul???
jadi jangan penatkan diri anda lagi dan cuba rehat secukupnya okey.
Jangan lupa makan Qaseh gold dan minum air secukupnya.

baik malam ini saya kongsikan 5 Sikap Yang Anda Perlu Ada Untuk Berjaya Dalam Bisnes

saya yakin, Semua orang pasti inginkan impian mereka menjadi kenyataan. Anda juga pasti ada impian yang ingin dicapai. Betul tak?

Pernahkah anda merasakan yang diri anda akan berjaya suatu hari nanti?

Adakah anda mempunyai kekuatan diri yang akan membantu anda untuk melakukan sesuatu yang besar dalam hidup anda? Apakah anda hanya perlukan sedikit masa sahaja lagi untuk buktikannya dan memastikan yang impian anda akan menjadi kenyataan?

Jika ayat di atas ini menggambarkan diri anda, sebenarnya anda sudah mempunyai SIKAP yang diperlukan untuk menjadi seorang yang berjaya! Tahniah!

Oleh sebab itu, kami ingin kongsikan pada anda 5 SIKAP yang perlu ada dalam diri seseorang untuk mencapai sesuatu kejayaan…

#1: “Fake It, You’ll Make It.”

Ini adalah antara pepatah yang dibina berasaskan kajian sebenar, dan ianya sesuai untuk diaplikasi oleh mana-mana individu yang mahu berjaya. Jika sekarang anda masih belum berjaya, pura-pura dahulu, dan insyaallah suatu masa nanti anda akan berjaya.

Pakar psikologi mengatakan bahawa apabila kita wujudkan ‘rasa’ mengenai sesuatu perkara, ‘tindakan’ kita akan memberi respon terhadapnya.

Contoh mudahnya adalah seperti seukir senyuman. Senyuman bukan sahaja kesan daripada perasaan gembira. Tetapi dengan senyuman juga boleh membuatkan anda dan orang lain gembira.

Prinsip yang sama juga boleh diaplikasi dalam “fake it till you make it”. Jika anda bertindak dengan cara yang tertentu, perasaan anda, emosi anda, tahap keyakinan diri anda akan terikut selari dengan tindakan anda.

Lama-kelamaan, jika anda kerap berpura-pura bahawa anda seorang yang berjaya, insya Allah tenaga dan keyakinan diri anda akan semakin bertambah dan kejayaan itu tidak mustahil akan hadir dalam diri anda.

#2: Sentiasa Yakin Dengan Diri.

Aset yang paling berharga dalam diri anda adalah ‘keyakinan diri’. Tetapi, masalahnya, ianya sangatlah sukar untuk memaksa diri menjadi yakin tanpa mengira rasa was-was dan takut pada sesuatu.

Ramai orang yang berjaya, pada waktu dahulunya mengalami sindrom rasa rendah diri yang lahir akibat daripada status dan pencapaian seseorang. Bila dia kenal orang yang rapat dengannya menjadi lebih berjaya daripada dia, perasaan negatif sebegini akan lahir.

Walaubagaimanapun, jangan risau. Perasaan tersebut adalah normal bagi setiap manusia. Persoalannya sekarang adalah, sama ada anda mahu teruskan dengan perasaan tersebut, atau anda mahu berubah jadi kuat, dan melawannya dengan keyakinan diri anda.

Kami sarankan kepada anda supaya yakinkan diri. Keyakinan diri ini boleh membantu adalah menyelesaikan segala masalah dalaman diri. Percayalah, semua orang suka dengan orang yang tinggi keyakinan diri ini.

#3: Minta Bantuan Orang Lain.

Orang yang bijak, dia tahu betapa tidak bijaknya dia. Sebab itu, orang yang bijak ini selalu meminta pertolongan daripada orang lain.

Antara sebab ramai orang di luar sana berjaya adalah bukan kerana mereka tahu semua benda, tetapi kerana mereka selalu minta tolong daripada orang lain. Mereka sering melakukan kerja secara berjemaah.

Ingat, mungkin dengan beraksi ‘solo’, anda boleh berjaya dengan pantas, tetapi jika anda beraksi secara berjemaah, insyaAllah anda boleh pergi jauh dengan lebih cergas.

#4: Pilih Siapa Kawan Anda.

Orang yang berjaya tahu bagaimana untuk uruskan masa mereka. Mereka mengibaratkan pengurusan masa mereka sama seperti pengurusan wang.

Oleh sebab itu, anda seharusnya banyak meluangkan masa anda dengan orang yang boleh jadikan diri anda semakin baik dari hari ke hari. Anda jangan asyik duduk di tempat yang SELESA, atau letakkan diri anda dalam COMFORT ZONE.

Anda sepatutnya meluangkan masa ditempat yang anda sentiasa dicabar, diasah bakat, dan disemai benih-benih positif. Jangan biarkan diri anda terlalu rileks! Bukan tak boleh nak rileks, semua orang perlukan rehat.. tapi, jangan rasa selesa dengan hidup anda sekarang. Tak kira anda sudah jadi jutawan atau tak..

Anda perlu sentiasa CABAR diri anda untuk lakukan perkara-perkara baru, bergaul la dengan orang yang sukakan cabaran..

Orang yang berjaya sangat suka luangkan masa dengan orang yang dah berjaya. Dan apabila tiba isu mengenai cara pengurusan masa yang betul, maka anda perlu membuat keputusan yang tepat.

#5: Ambil Risiko.

Orang yang berjaya bijak mengambil risiko dalam hidup mereka. Rahsia untuk menjadi pengurus risiko yang hebat adalah dengan mula mengambil risiko. Ianya kelihatan mudah, tetapi, ia adalah benar. Anda tidak akan tahu kesan tentang apa-apa risiko jika anda tidak mahu mula untuk mengambilnya.

Mulakan dengan mengambil risiko yang kecil dahulu. Jika dalam pelaburan, jangan terus melabur semua modal anda. Buat kecil-kecilan dahulu. Cari risiko yang kecil, yang tidak menyebabkan rugi yang besar.

Cuba ambil risiko dengan yakin pada diri anda. Ianya akan dapat memberikan pengalaman yang bermakna untuk diri anda.

Jadi, sebenarnya tiada apa yang boleh menghalang diri anda untuk berjaya. Penghalang utama untuk mengecapi kejayaan adalah diri anda sendiri. Sama ada anda mahu berubah menjadi baik, ataupun teruskan dengan diri anda yang sekarang.

Ingat! Penentu masa depan kita, adalah diri kita sendiri. Bukannya orang lain…

dan Akhir perkongsian saya.
Booking date anda pada 16 januari 2016 ( Sabtu )
untuk anda mengetahui apakah strategi yang akan digunakan untuk menghadapi tahun 2016.
-----------------------------------------
Program Kick Off 2016
Bertempat di UIAM Gombak
bagaimana untuk mendaftar, layari :
www.qaseh2u.com/kickoff2016.

Ingat! Penentu masa depan kita, adalah diri kita sendiri.Bukannya orang lain.....
so pilhan ditangan anda

Tuesday 8 December 2015

5 Tabiat Yang Boleh Meningkatkan Produktiviti Kerja Anda

Bagaimana keadaan anda hari ini?

saya doakan hari anda menjadi lebih baik dari semalam. insya Allah.

Bila cakap tentang kerja, saya yakin anda semua mempunyai perkerjaan masing-masing betul??
dan pastinya setiap tugasan mempunyai cabaranya yang tersendri.

Disini saya nak kongsikan 5 Tabiat Yang Boleh Meningkatkan Produktiviti Kerja Anda.


Kadang-kadang, kita terlalu sibuk sehingga tiada masa untuk selesaikan banyak perkara dalam satu hari. Sebab itu, kita perlu ada strategi dan pengurusan masa yang baik. Strategi ini dibuat untuk menguruskan aktiviti harian anda dengan lebih cekap dan efektif.

Mari kita lihat 5 tips di bawah untuk meningkatkan produktiviti kerja anda;

1) ‘2 Minute Rule’

Tak semua tugasan yang anda lakukan, perlukan masa yang lama untuk diselesaikan. ASINGKAN tugasan besar dan tugasan kecil. Siapkan dulu tugasan-tugasan yang kecil ini…buat cepat-cepat, jangan tangguh-tangguh. Inilah yang dinamakan ‘2 minute rule‘, banyak perkara dapat diselesaikan jika anda ikut peraturan ini.

Jika sesuatu tugasan itu anda boleh selesaikan kurang 2 minit seperti emel atau folllow up pelanggan, lakukan sekarang! Selepas itu, baru selesaikan tugasan-tugasan yang besar. Akhirnya, anda sendiri yang rasa seronok dan mudah untuk bekerja. Stress pun dapat dikurangkan.

2) Jangan tunggu hari Ahad untuk Isnin

Pernah tak anda rasa MALAS atau TAKUT nak pergi kerja pada keesokkan harinya..?

Simpton ini berlaku kerana kebanyakkan orang dah mula lepak, santai-santai pada petang Jumaat. Sebelum balik rumah, cuba ambil sedikit masa buat persediaan untuk hari Isnin minggu seterusnya. Fikirkan apa tugasan yang perlu anda lakukan sebaik sahaja anda tiba ofis. Dengan cara ini, anda akan lebih bersemangat untuk bekerja dan lebih produktif untuk sepanjang hari.

3) Semak emel anda 3 kali sehari

Tugasan ini juga sangat penting, pastikan anda TETAPKAN MASA untuk semak setiap emel tersebut.

Contohnya;

Anda boleh semak emel pada pukul 9 pagi, 12 tengah hari, dan 2 petang. Elakkan buka emel peribadi semasa kerja, anda akan hilang fokus.

Ikut jadual ini sehingga anda sudah biasa dan jadikan tabiat. Jangan ambil terlalu banyak masa untuk semak setiap emel, jika ada terlalu banyak emel…tetapkan 1 atau 2 jam untuk semak satu per satu.

4) Senaraikan semua tugasan anda dalam satu kertas

Ini adalah tabiat paling penting yang perlu anda biasakan dalam pengurusan kerja. Senaraikan semua tugasan anda mengikut keutamaan, dari paling tinggi hingga paling rendah. Tak perlu terlalu details…berapa jam perlu disiapkan, pukul berapa perlu mula buat, atau siapa yang perlu buat. Anda hanya perlu senaraikan apa tugasan yang perlu disiapkan untuk setiap hari.

Dengan cara ini, anda akan lebih mudah uruskan tugasan untuk waktu sekarang dan akan datang.

5) Simpan smartphone anda ketika bekerja

Jangan lupa untuk simpan smartphone anda ketika bekerja. Walaupun kadang-kadang smartphone boleh mambantu memudahkan kerja anda, ia lebih banyak mengganggu kerja anda. Jika anda asyik selalu check Facebook, SMS, atau Whatapp…ia akan mengurangkan  produktiviti kerja anda.

Jadikannya sebagai tabiat supaya anda sentiasa fokus dan konsisten semasa melakukan sesuatu kerja.

Orite, ini hanya beberapa tips yang anda boleh amalkan ketika bekerja.

ha sebelum saya terlupa.
Tolong booking tarikh 16 Januari 2016 hari sabtu yee..
Untuk apa??

untuk kami kongsikan Strategi yang akan kami gunakan untuk menghadapi 2016
di program Kick Off 2016
bertempat di UIAM Gombak.

untuk mendaftar, sila layari :
www.qaseh2u.com/kickoff2016.

Selamat beramal dan Selamat mendaftar!